Assalamualaikum..
Apa lah penulis ni.. first-first entry dah tulis pasal kehidupan pelajar..mesti nak suruh study la tu..
"Katakanlah, "Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi!" Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman" (10:101)
Ramai daripada kita sentiasa menganggap bahawa kehidupan sebagai seorang pelajar merupakan satu tekanan. Nak buat benda tu tak boleh, benda ni tak boleh. Semua tak boleh.
Kalau boleh,
Yang lelaki nak jadi macam ni
Yang perempuan pulak
Ini lah yang ada dalam fikiran kita. Sentiasa tertipu dengan dunia fantasi yang kita ciptakan sendiri. Jarang daripada kita nak berpijak di bumi yang nyata.
Bukan jenis pelajar ini sahaja yang ada. Bermacam-macam lagi jenis pelajar yang ada.
Tak ketinggalan, pelajar yang kreatif sikit. bukan kreatif yang cipta benda-benda baru yang manfaat sikit. Macam, calculator yang boleh simpan banyak-banyak memory ker? (dah ada kan?). Tak pon pen C300 yang boleh menulis jawapan dengan sendiri ker? (penulis ni kerja nak senang je).
Bukan jenis pelajar ni yang ada. Tapi yang memeningkan kepala otak memikir plan macam mana nak ponteng sekolah hari ni. Siap lukis peta lagi tu. Nak tahu kawasan yang paling strategik untuk melarikan diri. (penulis ni macam pernah buat je).
"Kawasan belakang sekolah ni clear. Aku dah check dua tiga hari ni. Jarang orang lalu-lalang. Esok jugak kita beroperasi (dah macam nak pergi rompak bank)".
Ini belum cerita yang sekolah asrama lagi ini. Lagi la banyak ragam dan perangai. (penulis faham). Tak yah la penulis cerita yer. Ramai yang dah tau kot.
Kenapa ini terjadi kepada kita semua?
Ini semua gara-gara exam, kerja sekolah, test, assignment, kuiz.
"Esok sila hantar yer". Kata-kata keramat cikgu yang paling berbisa.
Kalau bagi kerja setakat 1 or 2 soalan tak apa lak juga kan. Ini kerja, ambik Twin Tower yang kedua. Lepas tu, kerja math pulak, addmath. Tolong!! Tolong!!
Penulis tak pernah jumpa lagi lah orang yang cakap "aku suka study", "aku suka sangat belajar math". "Aku kalau boleh setiap malam nak tidur dengan buku".
Tapi yang selalu penulis jumpa "Tension!!", "Frust!!", "Aku dah putus asa dah", "Esok juga aku minta borang berhenti sekolah" (ada ker?).
Habis tu, apa yang boleh dibuat? Dah nama pun student kan. Mana ada hidup student nie senang je kan. Kalau macam tu baik balik kampung je. Tanam jagung ke? tolong atuk tambat lembu ke? bagi ayam-ayam makan ke? Belajar dengan nenek resepi baru ke?
Bak kata member penulis la.
Kalau takut injured main bola, baik duduk rumah main masak-masak. Betul x?
"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji? (29:2)
So, ini lah realiti kehidupan pelajar. Tapi kita kena ingat. Baik penulis mahupun pembaca. Tak semua liku-liku kehidupan ini dihiasi dengan anau dan duri sahaja. Tak semua pengalaman yang kita akan tempuh dalam alam bergelar pelajar ini pahit-pahit belaka.
Maha Pencipta itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik.
Tetapi kita sahaja, yang sering leka dan lalai daripada mengingatiNya. Setiap ujian yang berlaku pada diri kita ini ada hikmah disebaliknya. Kita perlu yakin dan sentiasa berserah kepadaNya.
Pernah ke kita berfikir?
Di sini lah peranan kita sebagai hamba. Kita boleh memilih untuk bersujud, menadah tangan di tikar sejadah memohon keampunan daripadaNya atau kita hanya leka dengan alam fantasi dunia.
Mungkin disebalik kedukaan yang Allah timpakan itu, terdapat setitis nikmat dan rahmat yang kita tidak nampak. Mungkin juga ada musibah itu terjadi kerana tingkah-laku daripada kita yang menyebabkan kemurkaanNya. Atau DIA hendak mengajar dan mendidik diri kita ini agar menjadi seorang pemuda dan pemudi yang sentiasa kuat, tabah dan sabar di dunia ini.
Jika sekadar ujian ini sahaja kita sudah mengalah, agak-agak la kan alam dewasa nanti macam mana? Orang kata dunia dewasa lagi terseksa.
Mampu kah kita?











0 comments:
Post a Comment